Label 10

Home » » FOTO !! REMAJA KEDAH D TANGKAP BASAH !! BUKAN D JAMBAN !!

FOTO !! REMAJA KEDAH D TANGKAP BASAH !! BUKAN D JAMBAN !!

Written By AAKJ on Sunday, May 6, 2012 | 7:00 PM






KULIM - Gara-gara ingin melampiaskan nafsu dengan kekasih masing-masing, tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, sanggup ponteng sekolah untuk ke sebuah taman rekreasi air terjun bersama teman lelaki mereka.

Rahsia perbuatan sumbang mereka terbongkar apabila seorang waris pelajar terlibat dimaklumkan anaknya tidak hadir ke sekolah.

Curiga dengan kenyataan itu, waris pelajar meminta bantuan Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) untuk mencari tiga pelajar terlibat.

Timbalan Pengerusi PPKM, Ch’ng Seng Ang berkata, ahli PPKM diminta mencari pelajar terlibat di sekitar Sungai Kob dan Sungai Karangan.Menurutnya, setelah usaha mencari gagal, beliau menerima panggilan kedua menyatakan tiga pelajar perempuan sedang berendam di sungai bersama tiga lelaki di Sungai Sedim.

“Kemudian saya memaklumkan kepada ahli PPKM melalui alat perhubungan supaya mencari tiga pelajar terlibat.

“Kira-kira jam 11 pagi, ahli PPKM dan waris pelajar terlibat berjaya menemui mereka bersama pasangan masing-masing di dalam air,” katanya yang mengakui kebanyakan pelajar sering ponteng sekolah dan melakukan perbuatan tidak bermoral itu di taman rekreasi berkenaan.

Seng Ang berkata, pemeriksaan mendapati, semua pelajar terbabit menyimpan pakaian seragam sekolah di dalam beg dan mereka hanya memakai pakaian biasa untuk menghabiskan masa bersama pasangan masing-masing.

“Ketiga-tiga pelajar perempuan dan kekasih mereka berusia 19, 20, dan 21, tahun kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sungai Kon untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, ketika pasangan itu ditahan, masih ada beberapa pasangan lain dipercayai masih bawah umur turut berada di kawasan itu.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak, terutama pelajar perempuan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Katanya, sehingga kini permasalahan sosial melibatkan pasangan kekasih bawah umur sering berlaku.

“Terkini, seorang pelajar berusia 14 tahun didapati hamil dua bulan setelah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.

“Waris pelajar yang kecewa dengan perlakuan sumbang yang dilakukan mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pelajar yang masih di bawah umur terlibat dalam perlakuan seks, sama ada pasangan mereka merelakan atau tidak tetap akan disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



TQOHTIDAK
Share this article :

+ comments + 1 comments

May 6, 2012 at 7:35 PM

Ohhh tidakkkkk

http://tinyurl.com/pastibest

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger